Polis kenal pasti penunggang motosikal kuasa tinggi bawa 280 km/j 

Polis kenal pasti penunggang motosikal kuasa tinggi bawa motosikal 280 km/j 

POLIS telah mengenal pasti individu di dalam video yang tular di media sosial yang memaparkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis mengenal pasti individu tular di media sosial yang memaparkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam aksi berbahaya tersebut. 

Sehubungan itu jelas beliau, polis akan mengesan penunggang-penunggang motosikal berkenaan bagi melengkapkan siasatan. 

“Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hamizah Ahmad Rosli di talian 013-2064 682 bagi membantu siasatan. 

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat yang memaparkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi tular di media sosial hari ini. 

Sebahagian sedutan video itu turut memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya