PICK Kids: Hanya 8 kes kesan sampingan direkodkan

PICK Kids: Hanya 8 kes kesan sampingan direkodkan

SEORANG penerima vaksin PICK Kids ditenangkan Dr. Noor Azmi Ghazali (kanan) ketika menerima suntikan di HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hanya lapan kes berkaitan kesan sampingan vaksin Covid-19 atau kesan advers susulan imunisasi (AEFI) direkodkan dalam kalangan penerima kanak-kanak di seluruh negara setakat ini.

Bilangan itu bersamaan 0.006 peratus daripada 246,868 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang menerima suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids).

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, aduan diterima menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) itu membabitkan kesan sampingan biasa yang tidak serius.

“Kesan sampingan yang dialami kanak-kanak berkenaan hanya kategori ringan iaitu mereka mengalami bengkak dan kesan merah di tempat suntikan.

“Setakat semalam, 246,868 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima suntikan vaksin menerusi PICK Kids dan hanya 0.006 peratus mengalami kesan sampingan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja sempena PICK Kids di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sambil diiringi Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Husin dan Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Azmi berkata, berdasarkan data itu, jumlah penerima vaksin kanak-kanak baru mencapai tujuh peratus jika dibandingkan jumlah kanak-kanak yang layak menerimanya iaitu empat juta orang.

Selain itu katanya, tiga negeri merekodkan jumlah peratusan suntikan vaksinasi kanak-kanak terendah setakat ini adalah Kelantan, Sarawak dan Melaka.

“Kelantan merekodkan sebanyak 1.8 peratus, manakala Sarawak 13.9 peratus dan Melaka pula sebanyak 16.1 peratus.

“Data ini bagaimanapun masih awal kerana Kelantan baru sahaja memulakan program PICK Kids dua hari lalu berbanding negeri lain yang bermula lebih awal,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya