Pesakit Covid-19 terkepung banjir diselamatkan bomba

Pesakit Covid-19 terkepung banjir diselamatkan bomba

ANGGOTA BBP Jeli berpakaian PPE membawa keluar lelaki yang disahkan positif Covid-19 selepas terkandas akibat banjir di Kampung Reka, Jeli, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang pesakit Covid-19 yang terperangkap di Kampung Reka di sini, diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli hari ini selepas kawasan itu terputus hubungan sejak semalam.

Lelaki disahkan positif Covid-19 itu dibawa ke daratan oleh anggota bomba yang dilengkapi sut peralatan perlindungan diri (PPE) dengan sebuah lori sebelum dipindahkan ke dalam ambulans disediakan Jabatan Kesihatan negeri kira-kira pukul 3 petang ini.

Ketua Operasi BBP Jeli, Anuar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pesakit Covid-19 terbabit pada pukul 2.40 petang dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memindahkan mangsa. 

“Ketika operasi menyelamatkan mangsa banjir ini, kesemua anggota kami berpakaian PPE.

“Mangsa merupakan pesakit covid dan kita perlu berhati-hati dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anuar berkata, mangsa yang dilaporkan dalam keadaan stabil kemudian diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital sebelum ditempatkan di pusat kuarantin berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya