Perluaskan buka sempadan Malaysia-Singapura - Utusan Malaysia

Perluaskan buka sempadan Malaysia-Singapura

HASNI Mohammad melancarkan aplikasi kelab Sahabat AIM sempena Majlis Perasmian Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan AIM Wilayah Johor di Hotel Impiana, Senai Johor di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Johor sentiasa menegaskan kepada kerajaan Persekutuan untuk bersiap sedia melangkah ke fasa endemik secepat mungkin bagi membolehkan usaha pembukaan sempadan Malaysia-Singapura diperluaskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu mengambil kira faktor jumlah peratusan individu yang mendapatkan dos penggalak masing-masing semakin meningkat. 

Melihatkan perkembangan positif itu, Hasni berkata, kerajaan perlu mempertimbang kuota pengembara antara kedua-dua negara melalui inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat ditambah.

“Saya mendapat petunjuk daripada kerajaan Persekutuan bahawa bilangan jumlah pengembara yang menggunakan VTL darat sedang dikaji dari semasa ke semasa,” katanya selepas merasmikan Majlis Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Johor 2022 di Hotel Impiana Senai, di sini hari ini.

Skim VTL darat dan udara Malaysia-Singapura mula dilaksanakan pada 29 November lalu dengan kuota 1,440 individu pada minggu pertama.

VTL darat membabitkan Stesen Bas Queen Street, Singapura ke Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru. Sementara VTL udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kuota penggunaan VTL darat dikurangkan sehingga 50 peratus pada Januari lalu kerana varian Omicron menjadi kebimbangan utama pada ketika itu.

Isu VTL darat dan pembukaan sempadan menjadi antara topik yang dimainkan oleh parti politik pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya