Perkenal muka baharu, MCA mahu buktikan masih relevan

Perkenal muka baharu, MCA mahu buktikan masih relevan

WEE Ka Siong (tengah) mengumumkan senarai nama calon MCA yang akan bertanding mewakili BN dalam PRN Johor di Johor Bahru hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengakui partin itu perlu bekerja lebih keras bagi membuktikan masih relevan dan mampu menarik sokongan masyarakat termasuk pengundi baharu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, hal itu kerana MCA tewas dalam kesemua 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ditandingi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Sebelum ini ada pihak cakap MCA tidak mampu menarik sokongan masyarakat termasuk golongan profesional dan muda. Jadi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, kita tampilkan senarai calon yang berkelayakan, calon baharu, muda, profesional dan juga daripada kaum wanita,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, Ka Siong memperkenalkan 14 calon MCA, manakala seorang lagi calon iaitu bagi kerusi DUN Puteri Wangsa hanya akan dimaklumkan esok kerana perbincangan masih berjalan.

“Ini adalah perkara biasa apabila melalui proses pengumuman calon, jadi pada hari ini kita umumkan 14 calon dahulu, manakala seorang lagi akan diumumkan esok,” ujarnya.

Beliau berkata, purata usia calon MCA dalam PRN Johor adalah berusia 43 tahun.

“Daripada 14 orang ini, enam daripadanya berusia 30-an dengan seorang 27 tahun, manakala calon paling senior berusia 60 tahun. Sembilan daripada mereka adalah muka baharu, ini signifikan,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong berkata mereka tidak suka untuk membuat ramalan berdasarkan statistik di atas kertas, sebaliknya mahu bekerja keras bagi memenangi hati pengundi.

“Atas kertas mungkin dilihat seperti kita mempunyai kelebihan, tetapi perlu diingat kita tewas kesemua kerusi yang ditandingi dalam PRU lalu, maka kita perlu bekerja keras mendapatkan semula mandat rakyat,” jelasnya.

Berikut ialah 14 nama calon-calon berkenaan:

N.02 Jementah –  See Ann Giap

N.06 Bekok –      Tan Chong

N.10 Tangkak – Ong Chee Siang

N.12 Bentayan  – Gan Qi Ru

N.19 Yong Peng– Ling Tian Soon

N.23 Penggaram – Ter Hwa Kwong

N.28 Mengkibol – Kelly Chye Pei Yee

N.30 Paloh – Lee Ting Han

N.41Puteri Wangsa(belum dinamakan)

N.42 Johor Jaya –  Chan San San 

N.45 Stulang – Ang Boon Heng

N.46 Perling Tan Hiang Kee

N.48 Skudai  – Lim Soon Hai

N.52 Senai – Shen Poh Kuan 

N.55 Pekan Nenas Tan Eng Meng

UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya