Perarakan Chingay dibenar dalam skala kecil

Perarakan Chingay dibenar dalam skala kecil

RAUB Selamat (tengah) ketika mengadakan perbincangan bersama Persatuan Tiong Hua berkenaan Perarakan Chingay di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perarakan Chingay 2022 yang dijadual bermula 19 hingga 22 Februari ini dibenarkan namun perlu diadakan dalam skala kecil dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, jumlah peserta yang dibenarkan terlibat juga telah ditetapkan iaitu antara seramai 100 hingga 220 mengikut hari berbeza.

Menurut beliau, sepanjang tempoh empat hari perayaan itu, beberapa jalan utama di bandar raya ini juga akan ditutup.

“Pada hari kemuncak perarakan Chingay iaitu pada 21 Februari, sebanyak 13 laluan ditutup bermula pukul 7 malam hingga 3 pagi keesokan harinya. Antara laluan berkenaan adalah Jalan Ulu Ayer Molek, Jalan Lingkaran Dalam, Jalan Gertak Merah, Jalan Yahya Awal, Jalan Syed Mohd. Mufti, Jalan Dato’ Onn, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak dan jejambat Danga City Mall.

“Namun kita akan menyediakan laluan alternatif bagi memudahkan urusan harian pengguna jalan raya sepanjang tempoh perayaan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Tiong Hua Johor Bahru, di sini hari ini.

Sementara itu, kata Raub, hanya penganut yang berdaftar dengan persatuan sahaja dibenarkan  terlibat dalam perayaan berkenaan dan semua pihak perlu mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Masyarakat awam tidak digalakkan untuk terlibat sama walaupun hanya sebagai penonton kerana seramai 361 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh empat hari itu.

“Polis akan memberi nasihat agar masyarakat tidak berkumpul beramai-ramai dan sekiranya mereka berdegil, tindakan kompaun akan diambil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Raub turut mengingatkan peserta perarakan agar tidak terlibat dengan sebarang insiden negatif termasuklah pergaduhan melibatkan politik ekoran pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya