Penyampai Radio Era, Radin positif Covid-19

Penyampai Radio Era, Radin positif Covid-19

era
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era, Radin telah dijangkiti wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan sendiri empunya nama sebenar Radin Amir Affendy Ahmad Aruani menerusi Instagramnya, semalam.

Menurut Radin, dia mengetahui dirinya dijangkiti selepas melakukan saringan menggunakan kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 di salah sebuah klinik tempatan.

“Simptom-simptom saya hanya sakit tekak bila bangun tidur. Kemudian terus buat ujian air liur, namun keputusannya negatif.

“Hati tak sedap, terus hubungi @kai_kaklong dan @muazmahmudm sebab nak buat ujian calitan (swab test) dan keputusannya positif.

“Kini, badan baru nak rasa sengal-sengal sikit dan sejuk-sejuk. Tolong jaga diri engkau orang!” tulis penyampai Radio Era itu.

Dalam perkongsian tersebut, Radin turut memohon maaf kepada mana-mana individu yang menjadi kontak rapatnya.

“Oleh itu, saya mohon maaf kepada individu-individu yang kontak rapat dengan saya dan untuk urusan kerja, boleh menghubungi pihak pengurusan @era.je atau pengurus saya @eddy.algojo,” tulisnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya