ustaz kazim

Penyakit Ustaz Kazim masih misteri, bedah kaki tiada darah atau nanah

Ustaz Kazim Elias (kanan) bersama Jafri Abu Bakar (tengah) dalam Majlis Pelancaran Produk Susu Kambing Faa-iz Aneka Perisa dan Forum Perdana di KIDaf, di Bandar Baharu, Kulim malam tadi. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias melalui peristiwa yang menghairankan apabila tiada apa-apa yang keluar ketika menjalani pembedahan di kakinya tiga bulan lalu.

Namun yang menghairankan, katanya, ketika pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital pakar di Ipoh, tiada apa-apa, sama ada darah atau pun nanah yang keluar daripada kakinya yang bengkak itu.

“Padahal saya ada makan ubat cair darah dan orang seperti saya ini jika luka sedikit akan berlaku pendarahan, namun tiada apa-apa berlaku. Saya ada juga merakam gambar pembedahan itu untuk simpanan,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Produk Susu Kambing Faa-iz Aneka Perisa dan Forum Perdana di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaf), Kampung Bukit Aping, Bandar Baharu di sini malam tadi. Turut hadir Pengerusi KIDaF, Jafri Abu Bakar.

Selain itu, penyakit yang dihidapi beliau masih menjadi misteri kerana sehingga kini tidak diketahui jenis penyakit dihidapi walaupun setelah diperiksa oleh enam pakar perubatan.

Beliau turut menjalani beberapa kali pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital pakar di Ipoh, Perak sejak menghidapi penyakit itu.

“Pada masa ini saya masih lagi menjalani rawatan dengan enam pakar perubatan, saya turut ikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI), ambil darah, spesimen dan sampel. Selain itu, saya juga menjalani rawatan alternatif.

“Namun setiap kali berjumpa doktor, saya akan menerima jawapan daripada mereka yang mengatakan saya tiada penyakit dan tidak mengetahui punca sebenar penyakit,” katanya.

Ustaz Kazim menambah, semua yang berlaku itu merupakan satu ujian daripada Tuhan untuk memberi sesuatu yang lebih baik.

“Saya ingat Tuhan bagi saya sakit macam-macam kerana Tuhan hendak bagi benda lain dan itu yang merawat hati saya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya