Peniaga rugi RM5,000 ditipu rakan melalui Telegram

Peniaga rugi RM5,000 ditipu rakan melalui Telegram

AHMAD ADNAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang peniaga kerugian RM5,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai kenalannya melalui aplikasi Telegram, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 41 tahun itu menerima pesanan daripada suspek yang mahu meminjam wang RM5,000 kerana mengalami masalah kewangan.

Katanya, mangsa yang tidak membuat semakan dengan rakannya terlebih dahulu telah bersetuju memberi pinjam wang kepada suspek.

“Sebanyak empat transaksi pindahan wang secara dalam talian dilakukan mangsa ke akaun bank diberikan suspek pada hari sama.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah dia menghubungi nombor telefon sebenar rakannya itu namun lelaki terbabit menafikan pinjaman wang seperti yang diberitahu mangsa,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek mengambil alih akaun Telegram rakan mangsa bernama Alang sebelum menghantar pesanan untuk meminjam wang melalui aplikasi tersebut.

Katanya, siasatan kes tersebut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya kepada mesej yang diterima khususnya daripada kenalan untuk meminta wang atas alasan kecemasan. 

“Mereka sepatutnya menelefon dahulu kenalan tersebut sebelum memberikan sebarang pinjaman bagi mengelakkan ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN