Pengutip tin cuba bunuh diri dari bumbung IPD Kuala Muda

Pengutip tin cuba bunuh diri dari bumbung IPD Kuala Muda

SEORANG lelaki yang cuba membunuh diri berada di atas bumbung bangunan IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Cubaan seorang pengutip tin membunuh diri gagal selepas dipujuk anggota bomba setelah memanjat bumbung bangunan lima tingkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd. Rahman berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh petugas pondok pos pengawal IPD Kuala Muda pada pukul 4.45 petang sebelum pihaknya bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Sungai Petani untuk bantuan penyelamat.

Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.15 petang dan mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk lelaki tersebut dan  dibawa turun dengan selamat.

Katanya, hasil semakan mendapati lelaki tersebut yang berusia 47 tahun telah datang ke IPD Kuala Muda pada pukul 1.10 pagi untuk membuat laporan polis yang mendakwa dia diekori lelaki tidak dikenali.

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati suspek mengalami halusinasi dan didapati kurang siuman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek didapati  naik ke  bumbung bangunan itu melalui pintu besi penghubung bumbung yang tidak berkunci kerana terdapat kerja-kerja penyelenggaraan bumbung yang bocor.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya