pengguna TikTok

Pengguna TikTok tuduh polis korup dicari

TANGKAP layar video yang dimuatnaik seorang wanita dalam akaun TikToknya menuduh polis korup apabila dinasihat supaya keluar rumah disewanya selepas tuan rumah membuat aduan di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang wanita pengguna aplikasi media sosial TikTok sedang dikesan polis selepas membuat dakwaan ‘polis korup’ dalam akaun itu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, tindakan wanita berkenaan dikatakan akibat tidak berpuas hati apabila dihalau keluar keluar dari rumah sewanya di Pangsapuri Sri Alam di sini.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati, pemilik asal rumah berkenaan buat laporan polis kerana suspek yang viralkan video di TikTok tersebut didapati enggan keluar daripada rumah.

“Pengadu yang membuat laporan polis memberitahu membenarkan wanita berkenaan menghuni secara ihsan, namun sudah pun memberi notis selama dua bulan supaya dia berpindah,” katanya.

Terdahulu wanita terbabit menerusi akaun TikToknya itu menularkan satu video tidak berpuas hati terhadap pemilik rumah yang membuat laporan polis terhadapnya.

“Polis corrupt.. Sekarang masuk line property pula…hati-hati guys kalau hendak sewa rumah. Semak habis-habis siapa (pemilik rumah). Sekarang ini keluarga pun tak boleh percaya. (Polis) kalau pengadu salah, gari sahajalah.

“Sri Alam Condo Shah Alam. Lewat bayar sewa sebulan. Hebat kan owner send polis beruniform. Senang-senang owner naikkan sewa, kemudian agreement tak mahu tunjuk kot2 tukar owner ke, aku sempat selamat TV Samsung sahaja, lain mak pengadu rembat semua. Sekarang tidur dalam kereta,” tulisnya.

Bagaimanapun, jelas Baharudin, polis sedang mengesan wanita terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hazimah di talian 03-55202222.

“Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek (pemilik akaun TikTok tersebut) yang telah keluar daripada rumah berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya