Pengarah Kolej Poly-Tech Mara berhadapan 12 pertuduhan rasuah

Pengarah Kolej Poly-Tech Mara berhadapan 12 pertuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Pengarah pengajian berterusan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan menerima rasuah bagi pembelian tiket penerbangan untuk isteri dan anaknya di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Saifulkahar Shariff,54, membuat pengakuan tidak bersalah menggunakan jawatan bagi pembelian tiket penerbangan itu di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud.

Saifulkahar didakwa mendapatkan suapan bagi pembelian tiket kapal terbang untuk isteri dan anaknya dari Tawau ke Kuala Lumpur antara November 2017 hingga 7 Ogos 2018 ketika bertugas sebagai Pengarah KPTM Semporna.

Tertuduh mengetahui bahawa isteri dan anaknya tidak layak untuk kemudahan tersebut.

Keseluruhan pembelian tiket mengikut 12 pertuduhan itu berjumlah RM6,797.50.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) 2009.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM7,000 dengan seorang penjamin tempatan. Tertuduh juga diperintahkan agar tidak mengganggu saksi kes dan perlu melapor diri di Pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali manakala, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Hakim menetapkan 8 April depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee dan tertuduh diwakili oleh Sitti Nurul Ain Sahidah Pitting.

Dalam kes berasingan, hakim menetapkan 8 April sebagai pengurusan kes membabitkan Ketua Cawangan Pejabat Insolvensi Malaysia cawangan Tawau, Mohaidy Tabin, 43, yang mengaku tidak bersalah menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan dengan memilih isteri sendiri sebagai penyebut harga dalam sebut harga kenderaan Toyota Fortuner bernilai RM15,000 pada 18 Oktober 2018.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM9,000 dengan seorang penjamin tempatan. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya