Penduduk terperangkap banjir berjaya diselamatkan

Penduduk terperangkap banjir berjaya diselamatkan

HANAFIAH Mat melihat rumah penduduk yang dinaiki air hingga paras bumbung di Kampung Jenang, Kemaman. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kesemua penduduk yang terperangkap banjir di daerah Hulu Terengganu sudah dibawa keluar dan diselamatkan pihak berkuasa. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri, Hanafiah Mat berkata, antaranya termasuk ratusan penduduk yang berlindung di atas bukit di Felcra Gunung Menerong, Ajil selepas kediaman dan pusat pemindahan sementara (PPS) dihuni mereka tenggelam sejak pagi ini.

Katanya, keadaan arus deras dan laluan yang terputus menyebabkan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir itu sukar dilakukan serentak di samping terpaksa mengambil masa panjang.

“Alhamdulillah, semua mangsa banjir sudah dibawa ke PPS dan lokasi yang selamat walaupun terdapat beberapa kekangan ketika proses menyelamat itu.

“Kita tidak nafikan ada banyak rungutan daripada penduduk yang bantuan lewat tetapi banjir di Hulu Terengganu agak luar biasa dan ramai yang meminta bantuan daripada pihak berkuasa secara serentak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Air Putih, petang ini. 

Hanafiah turut mengarahkan kesemua jawatankuasa bencana di peringkat daerah supaya bergegas ke lokasi yang memerlukan bantuan bagi memastikan nyawa penduduk menjadi keutamaan. 

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya memohon maaf jika terdapat kelemahan, tetapi kami melalui agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan polis telah melakukan sebaik mungkin,” katanya. 

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai video dan gambar penduduk di Kampung Lubuk Pait, Kuala Berang yang terperangkap di atas bumbung untuk menyelamatkan diri dan video penduduk yang terpaksa melarikan diri atas bukit berikutan banjir buruk di daerah Hulu Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya