KOTA TINGGI: Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan seorang pemuda berketurunan Orang Asli melainkan lafaz perkataan syukur berulang kali setelah menerima rumah baharu. Pembinaan rumah di bawah Inisiatif Rumah Keluarga Malaysia dibangunkan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) itu ternyata melegakan Mohd. Sazuan Mohd. Said, 24, yang turut menderita masalah buah pinggang. Ini kerana, berbanding kediamannya sebelum ini, rumah dibina KEJORA di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil, di sini amat selesa untuk dia bersama isteri dan dua anaknya menjalani kehidupan. “Selain bekerja kampung saya juga mengambil upah bekerja sebagai pengawal keselamatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya