Pendaki Gunung Kinabalu cedera akibat terjatuh

Pendaki Gunung Kinabalu cedera akibat terjatuh

ANGGOTA Mosar membawa pendaki yang cedera turun menggunakan alat pengusung di Gunung Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Kegembiraan seorang lelaki berjaya mendaki Gunung Kinabalu berakhir dengan kedukaan apabila pendaki berkenaan terjatuh dan mengalami kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 50-an terjatuh ketika dalam perjalanan turun dari puncak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada malim gunung mengenai insiden itu pada pukul 9.13 pagi dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar) bersama Renjer Taman-Taman Sabah bergegas naik ke lokasi kejadian yang terletak di Kilometer 7.1.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki mengalami kesan luka pada bahagian kepala dan lutut akibat terjatuh semasa dalam perjalanan turun dari puncak.

“Pasukan Mosar memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan alat pengusung.

“Kemudian mangsa di hantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.28 petang.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya