Pemangku Raja Pahang dilantik Penaung Diraja Sukarelawan UMP

Pemangku Raja Pahang dilantik Penaung Diraja Sukarelawan UMP

TENGKU Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menerima pelantikan sebagai  Penaung Diraja Sukarelawan UMP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik Penaung Diraja Sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) seiring dengan hasrat memperkasa agenda kesukarelawanan di universiti awam berkenaan. 

Institusi pengajian tinggi (IPT) itu komited menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan warganya di pelbagai peringkat bagi merapatkan jurang antara masyarakat dan komuniti UMP sebagai satu proses memasyarakatkan universiti.

Ini selaras dengan hasrat universiti untuk memasyarakatkan kewujudannya sebagai sebuah universiti awam agar kewujudannya dirasai, kehadirannya dapat dilihat dan suaranya didengari masyarakat.

Warkah pelantikan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dalam program Program Kayuhan Lestari UMP: Inisiatif Penghijauan Kampus anjuran Yayasan UMP semalam. 

Turut sama Prof. Datuk Ts Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP. 

UMP kini giat melaksanakan program kesukarelawanan yang bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang menjadi agenda global seiring dengan 17 matlamat yang perlu dicapai seperti yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk semua negara menjelang 2030.

Pada program itu, Pemangku Raja Pahang turut berkunjung melawat Rimba Lestari yang menempatkan Haif khas, koloni Kelulut ECOSY-Hive iaitu perumah koloni Kelulut yang dibangunkan bersama penyelidik UMP iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Firdaus Basrawi dan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang (PUKP), 

Tengku Hasanal turut berkenan menyempurnakan penanaman Pokok Kebangsaan Malaysia, iaitu Merbau di Rimba Lestari tersebut.

Terdapat lebih 1800 pokok jenis pokok rimba dan pokok kayu tropika terdapat di Rimba Lestari ini antaranya seperti Tongkat Ali, Meranti Tembaga, Cengal, Beruas, Ketapang, Jelutung, Simpoh Air, Meranti Rambai Daun, Sungkai dan Pokok Peluru ditanam di sini.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-20 UMP, program itu juga menyaksikan penyerahan plat kenderaan khas “UC 2” kepada Pemangku Raja Pahang. 

Kombinasi UC ini diambil bagi mewakili huruf “U” yang juga awalan perkataan universiti iaitu UMP manakala “C” adalah nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini selain keistimewaan tersendiri dengan perkataan unik “You See”.

Nombor pendaftaran khas UMP iaitu UC boleh dibeli mulai 25 Februari ini bagi yang berminat di http://www.ucplat.com.my. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN