Pemandu Toyota Hilux maut langgar belakang lori roti

Pemandu Toyota Hilux maut langgar belakang lori roti

KEADAAN kereta dipandu mangsa yang melanggar belakang lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah, Perak,  semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Nahas pada pukul 11 malam itu mengorbankan Shaik Shafiq Shaik Abdul, 31, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu lori muatan roti berusia 53 tahun tidak cedera. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya