Pekerja syarikat kurier maut kemalangan dengan lori

Pekerja syarikat kurier maut kemalangan dengan lori

KEMALANGAN maut meragut nyawa seorang penunggang motosikal dalam perjalanan menghantar barang di Kilometer 8, Jalan Nitar-Mersing di Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang pekerja syarikat kurier maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8, Jalan Nitar-Mersing, di sini awal petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa, Muhammad Luqman Hakim, 24, dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar barang di Felda Nitar.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah lori daripada syarikat kurier yang sama dengan tempat mangsa bekerja.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori jenis Hino dipandu seorang lelaki dari Felda Nitar dalam perjalanan hendak menuju ke Bandar Mersing.

“Setiba di lokasi kejadian lori itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan dilanggar motosikal jenis Yamaha LC 135 ditunggang mangsa.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal berasal dari Mersing itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala,” katanya di sini, hari ini.

Cyril Edrward berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan oleh paramedik Hospital Mersing.

Tambahnya, pemandu lori itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya