Pekerja cemas gondola berpusing akibat angin kencang

Pekerja cemas gondola berpusing akibat angin kencang

angin
KEADAAN gondola yang berpusing sehingga mencemaskan orang ramai di Jalan Kamuning petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa pekerja berdepan detik cemas apabila sebuah gondola dinaiki mereka terbuai dan berpusing-pusing beberapa minit akibat angin kencang di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning, dekat sini, petang tadi.

Malah, kejadian itu turut dirakam orang ramai sehingga tular dalam media sosial.

Dalam rakaman itu, beberapa individu di dalam gondola itu dilihat cuba mengimbangkan diri dalam gondola yang berpusing-pusing akan angin kencang dan turut menghentam struktur bangunan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 3.56 petang.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi, kejadian sudah selesai tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Junain Bahau berkata, sebaik sahaj bomba tiba di lokasi, wakil pemaju tapak pembinaan memaklumkan mangsa yang tersangkut pada gondola itu
menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

“Justeru, tiada tindakan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba di lokasi kejadian dan kes dianggap selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya