Pantau kesihatan pengajar, kakitangan dan pelajar

Semua institusi pendidikan pantau kesihatan pengajar, kakitangan dan pelajar

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan berangkat merasmikan bengkel motosikal yang diusahakan oleh Mohd. Irwan Shah Muslim di Kampung Binjai Utan Aji sempena program MAIPs Peduli bilangan ke-13 bagi tahun 2022 di Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Semua institusi pendidikan dan institut pengajian tinggi (IPT) termasuk sekolah di negeri ini disaran memantau tahap kesihatan pengajar, kakitangan dan pelajar dengan menjalankan saringan setiap hari.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, saringan setiap hari di pintu masuk itu bagi memastikan hanya mereka yang sihat sahaja hadir ke premis masing-masing.

Selain itu, titah baginda, penilaian risiko kepada pengajar, kakitangan dan pelajar perlu dijalankan secara berterusan terutama melibatkan aktiviti dan perjalanan ke tempat berisiko.

“Pembelajaran juga wajar dilaksanakan dengan pematuhan SOP (prosedur operasi standard)  seperti penjarakan fizikal antara pelajar, pemakaian pelitup muka dan kerap membasuh tangan dengan sabun dan air atau selalu menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Selain itu, perlu kerap menjalankan sanitasi persekitaran terutamanya di permukaan yang kerap disentuh,” titah baginda selepas selepas berkenan berangkat merasmikan bengkel motorsikal yang diusahakan oleh Mohd. Irwan Shah Muslim di Kampung Binjai Utan Aji sempena program MAIPs Peduli bilangan ke-13 bagi tahun 2022, di sini hari ini.

Mohd. Irwan menerima peruntukan sumbangan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) berupa bantuan modal pusingan bernilai RM5,000 pada tahun 2020 dan baru-baru ini menerima sumbangan satu unit ‘compressor’ bagi membantu mengembangkan perniagaannya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim pula meminta ibu bapa di negeri ini mendaftar anak-anak yang berusia antara lima hingga 12 tahun untuk menerima vaksin kanak-kanak.

“Segeralah mendaftar bagi ibu bapa yang masih belum mendaftar anak-anak menerima vaksin Covid-19 itu,” katanya.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin juga merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada tiga warga emas di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya