Nor Hidayah sedekah selepas menang kes saman fitnah

Nor Hidayah sedekah selepas menang kes saman fitnah

NOR HIDAYAH MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali menunaikan hajatnya selepas dua tahun turun naik mahkamah bagi menghadapi kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nor Hidayah memberitahu, dia menghulurkan sumbangan kepada sebuah surau sebagai tanda meraikan kemenangannya ke atas kes tersebut. 

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya dengan Hamzah, jadi hari ini kita nak beli buah dan bersedekah untuk orang masjid. 

“Hari ini kita bersedekah dekat surau, alhamdulillah lepas hajat. Terima kasih yang mendoakan Hidayah dari A to Z,” katanya hari ini. 

Terdahulu, Nor Hidayah menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, itu. 

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan yang yang turut memerintahkan Ali membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Zulqarnain memerintahkan pembayaran ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selaku defendan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya