Naib Presiden kanan syarikat didakwa

Kenyataan palsu: Naib Presiden kanan syarikat didakwa

AHMAD HATTA KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang Naib Presiden kanan syarikat kejuruteraan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap satu pertuduhan memberi kenyataan palsu di dalam Annual Return of Company Having Share membabitkan sebuah syarikat.

Tertuduh, Ahmad Hatta Kamaruzzaman, 51, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengelirukan Pendaftar Syarikat dengan satu pernyataan palsu Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang didakwa berlaku di Menara SSM@Sentral di sini pada Jun 2017.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 591 (2) (a) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama dengan menetapkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau denda tidak lebih RM3 juta atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan pada 21 Mac ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala tertuduh diwakili peguam Micheal Cheah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN