Mohd. Rawi umum kembali kepada UMNO

Mohd. Rawi umum kembali kepada UMNO

MOHD. Rawi Abd Hamid (kanan) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha UMNO Bahagian Langkawi, Nordin Ali di Langkawi petang ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri negeri Kedah, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid mengumumkan beliau kini kembali semula kepada UMNO setelah membuat keputusan keluar daripada parti itu pada 2018 yang lalu.

Dalam satu majlis pengumuman tersebut petang ini, beliau meminta maaf kepada semua pimpinan dan ahli parti tersebut atas kesilapannya keluar daripada perjuangan pada 20 Disember 2018 lalu.

“Saya menyedari hanya parti UMNO sahaja parti yang dapat membela dan memperjuangkan untung nasib agama Islam, orang Melayu dan negara tercinta seperti yang dibuktikan sejarah.

“Saya dengan ikhlas hati bersama sahabat-sahabat berjanji akan bersungguh-sungguh dengan sehabis baik membantu parti atau Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pengumumannya kembali kepada parti itu di Dewan Auditorium Kompleks Kraf Langkawi di sini petang tadi.

Mohd. Rawi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat berkata, dia membuat keputusan untuk kembali kepada parti berkenaan pada tahun 2019, dan telah membuat surat rayuan untuk kembali pada 20 Mei 2020.

Menurutnya, dia menerima jawapan daripada ibu pejabat parti pada 18 Januari 2021, namun diminta untuk melakukan rayuan kepada Bahagian Langkawi.

Rayuan tersebut akhirnya diluluskan oleh Bahagian Langkawi semasa mesyuarat agung yang berlangsung pada 18 Disember tahun lalu.

Selain Mohd Rawi, tiga lagi sahabatnya turut bersama dengannya kembali semula iaitu Abdul Razak Mohd Rafie, Nur Aini Ahmad Ridzuan dan Zainon Bidin. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya