MDA panggil semula pembekal kit ujian Covid-19

MDA panggil semula pembekal kit ujian Covid-19

KHAIRY Jamaluddin dalaM sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diarah memanggil semula semua pembekal kit ujian kendiri Covid-19 bagi meneliti isu berkaitan kualiti dan ketepatan alat ujian itu. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau mengakui menerima pelbagai rungutan dan aduan orang ramai terhadap ralat keputusan apabila membuat saringan menggunakan kit saringan kendiri yang dijual di pasaran.

“Kita ambil maklum mengenai keraguan terhadap kit saringan kendiri menggunakan sampel air liur yang dijual di pasaran kerana dikatakan memberi keputusan negatif palsu.

“Justeru, saya arahkan MDA supaya menyampaikan saranan kepada pembekal untuk meminta maklumat jaminan kualiti daripada pengilang atau pengeluar kit saringan. Mereka juga harus semak sama ada proses jaminan kualiti bagi setiap produk kit saringan kendiri itu dibuat dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini. 

Katanya, ketika kit ujian itu diluluskan MDA sebelum ini, ketepatan alat ujian itu mungkin 99 peratus tetapi kadar itu mungkin merosot dalam tempoh tertentu disebabkan tiada pemeriksaan kualiti oleh pihak pengeluar dan pembekal. 

“Kami akan maklumkan kepada orang awam kelak selepas mendapat analisis dan hasil pemeriksaan MDA kelak,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan  mewujudkan ‘helpdesk’ secara fizikal di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera.

Katanya, heldesk fizikal pertama akan dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara pada 19 Februari ini, manakala satu lagi akan dibuka di PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam pada 26 Februari.

“Orang ramai yang mempunyai masalah dengan sijil vaksin dan sebagainya boleh pergi ke ‘helpdesk’ fizikal ini untuk selesaikan masalah mereka,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya