Mazlan tidak tanding PRN Johor - Utusan Malaysia

Mazlan tidak tanding PRN Johor

MAZLAN Bujang (tengah) menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil sekolah dalam satu majlis yang diadakan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tebrau, Mazlan Bujang kekal dengan pendiriannya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor  pada 12 Mac ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya itu turut menafikan beliau ditawarkan jawatan atau pencalonan sekira meninggalkan Bersatu.

Sebaliknya,  Mazlan berkata, keputusan dibuatnya sebelum ini adalah untuk berehat daripada dunia politik buat masa ini.

“Saya sangkal dakwaan itu (ditawarkan jawatan dan kerusi), memang tiada. Saya hanya mahu berehat, sama akan kembali berpolitik atau tidak itu kita tunggu dan lihat nanti.

“Tiada tawar-menawar, dulu saya duduk dalam kerajaan Johor bukan kerana duit tetapi kita ada nilai dalam diri dan maruah bukan hanya kejar jawatan sahaja,” katanya selepas menyerahkan sumbangan komputer riba kepada sekolah-sekolah di Johor Bahru dan Pasir Gudang, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pimpinan dan ahli parti yang keluar parti menjelang PRN Johor adalah disebabkan telah tergoda dengan tawaran-tawaran oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal turut berkata, tindakan keluar parti tidak menjejaskan pihaknya dalam menghadapi PRN Johor.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keyakinan Perikatan Nasional (PN) boleh mendapat kemenangan besar pada PRN Johor, Mazlan memberitahu, perkara itu hanya boleh ditentukan oleh rakyat Johor.

“Saya cuma nak tunggu keputusan sahaja, sebab rakyat di Johor ini bukannya bodoh mereka tahu siapa pengkhianat. 

“Dia (Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin) faham maksudnya, sebab maksud itu subjektif biar dia tafsir ikut tafsirannya sendiri,” katanya mengulas berhubung keyakinan Hamzah bahawa PN akan muncul sebagai kerajaan Johor selepas 12 Mac ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya