Masalah jantung, bayi perlu sumbangan RM65,000  - Utusan Malaysia

Masalah jantung, bayi perlu sumbangan RM65,000 

LUQMAN Daniyal Safriansah yang berusia 11 bulan memerlukan sumbangan sehingga RM65,000 bagi membolehkan menjalani pembedahan jantung secepat mungkin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi berusia 11 bulan memerlukan sumbangan RM65,000 bagi melakukan pembedahan jantung yang dihadapi sejak lahir.

Anak pasangan dari Sabah iaitu Luqman Daniyal Safriansah kini berada tahap  kritikal dan perlu melakukan pembedahan segera bagi membaiki lubang pada ‘bilik’ jantungnya yang mula berkembang dan boleh mengancam nyawanya. 

Bapanya, Safriansah Laud, 33, berkata, masalah  pada anak kedua daripada dua beradik itu mula dikesan  apabila doktor mendapati denyutan pada jantungnya agak ganjil ketika dia dilahirkan. 

Bagaimanapun, kata Safriansah, keadaan anak bongsunya ketika itu tidak begitu kritikal sehinggalah doktor mengesahkan bayi lelaki itu mempunyai masalah VSD iaitu berkaitan kebocoran ‘bilik’ jantung ketika berusia dua bulan. 

“Oleh kerana berat badannya terlalu ringan ketika itu, maka pembedahan (jantung) tidak boleh dijalankan. 

“Luqman Daniyal perlu makan ubat untuk mengawal kebocoran ‘bilik’ jantung selain menunggu berat badannya naik dan sesuai untuk menjalani pembedahan,” katanya. 

Safriansah yang bekerja sebagai jurutera dengan pendapatan sekitar RM5,000 sebulan dan isterinya, Nor Aziah Aziz, 28, seorang suri rumah, tidak mampu mengumpul dana tersebut. 

Sehubungan itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, keluarga berkenaan telah meminta bantuan pihaknya untuk mengumpulkan dana demi menjayakan pembedahan Luqman Daniyal. 

“Selepas membuat beberapa pengesahan, kami bersetuju membantu pasangan ini mengutip dana daripada orang awam,” kata beliau. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank Berhad (3193433435) atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya