Mangsa mati lemas minta izin 'Pergi dulu nek' - Utusan Malaysia

Mangsa mati lemas minta izin ‘Pergi dulu nek’

ZALEHA Basar (kiri) dan suaminya menunjukkan gambar kenangan Allahyarham Muhammad Fikri Adam Azmi (kanan sekali) yang mati lemas di Kampar, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: “Pergi dulu nek….” Demikian antara kata-kata terakhir Allahyarham Muhammad Fikri Adam Azmi, 20, yang sempat menemui neneknya sebelum mati lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak, hari ini.

Zaleha Basar, 63, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu datang ke rumahnya di Kampung Teluk Rhu di sini, sebelum bertolak kira-kira pukul 7 pagi tadi.

“Pada waktu itu, dia (arwah) sempat mencium tangan saya dan meminta izin untuk pergi ke Kampar.

“Sebelum berpisah, arwah memberitahu ‘pergi dulu nek’ dan saya tidak sangka dia akan pergi buat selamanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya petang tadi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kegembiraan empat sekawan mandi di air terjun itu berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan mati lemas.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mayat  Muhammad Fikri dibawa naik orang awam manakala rakannya, Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, ditemukan hampir sejam kemudian.

Kata Zaleha, cucunya itu  rapat dengannya sejak kecil dan rajin membantu sekiranya diperlukan.

Tambah beliau, Allahyarham turut bersahabat baik dengan Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz yang turut lemas.

“Mereka pernah bersekolah sama di Sekolah Agama Menengah (SAM) Parit Baru dan menyambung pengajian ke tingkatan enam di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Hubungan mereka  rapat dan saya tidak sangka kedua-dua arwah terlebih dulu pergi menemui Ilahi,” tuturnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya