Lupus sampah secara haram

Lupus sampah secara haram

sampah
TINDAKAN pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan Pelabuhan Klang, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri meluahkan rasa kecewa dengan kegiatan pembuangan sampah secara haram di kawasan tebing sungai di kawasan DUN tersebut.

Menurutnya, kegiatan pembuangan sampah di kawasannya semakin berleluasa hingga merosakkan alam sekitar.

“Ini salah satu daripada penjenayah alam sekitar di kawasan Pelabuhan Klang yang semakin berleluasa menjalankan aktiviti-aktiviti merosakkan alam sekitar. Selamba  sahaja dia orang buang plastik di sini seolah-olah negara ini macam tiada undang-undang,”katanya menerusi kenyataan dimuka naik dalam Facebooknya hari ini.

Azmizam turut memaparkan klip video berdurasi 62 saat sebagai bukti kepada kenyataannya itu.

Katanya, kejadian tersebut dirakam seorang penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan pembuangan sampah haram itu pada pukul 6.30 petang semalam. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya