Lori tangki lebih muatan minyak diesel bernilai RM115,800 ditahan

Lori tangki lebih muatan minyak diesel bernilai RM115,800 ditahan

PASUKAN PPM menjalankan pemeriksaan lori tangki yang membawa muatan minyak mengandungi 12,000 liter minyak diesel, di antara Jalan Sibu-Bintangor pada malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sibu  menahan dua lelaki tempatan dan merampas minyak diesel serta sebuah lori tangki dengan nilai keseluruhan berjumlah RM115,800.

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sibu  menahan dua lelaki tempatan dan merampas minyak diesel serta sebuah lori tangki dengan nilai keseluruhan berjumlah RM115,800.

“Pemeriksaan mendapati lori tangki jenis Nissan Hino yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 31 dan 27 tahun terbabit membawa muatan minyak mengandungi 12,000 liter minyak diesel.

“Kedua-dua suspek kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tanpa permit, tanpa lesen dan tanpa kebenaran khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya.

Tambahnya, jumlah nilai minyak diesel yang dirampas bernilai RM25,800 manakala anggaran nilai lori yang dirampas pula bernilai RM90,000.

Kedua-dua orang yang disyaki terbabit telah dibawa balik bersama barang rampas ke Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Sibu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Tangkapan dan barang rampasan akan disiasat dibawah akta kawalan bekalan 1961.

Kedua-dua suspek juga akan diserah dan dirujuk kepada KPDNHEP Sibu untuk tindakan susulan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya