Lori dinaiki ADUN terbalik ketika redah banjir hantar bantuan

Lori APM dinaiki ADUN terbalik ketika redah banjir hantar bantuan

LORI APM dinaiki Maliaman Kassim terbalik ketika dalam perjalanan menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Lebak, Hulu Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berdepan detik cemas apabila lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikinya terbalik ketika meredah banjir di Kampung Lebak, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, kesemua 16 penumpang kenderaan berkenaan bagaimanapun dapat diselamatkan 

Maliaman berkata, kejadian berlaku ketika beliau bersama 13 anggota APM dari Kuala Lumpur itu dalam perjalanan menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Bukit Biah.

Katanya, ketika di lokasi kejadian, arus air terlalu deras hingga menyebabkan lori itu terbalik, dan hampir tenggelam.

“Saya segera menghubungi polis dan bantuan tiba 20 minit kemudian, ia merupakan pengalaman yang mendebarkan tambahan pula lori tersadai di tepi jalan berdekatan sungai.

“Terima kasih kepada pemuda kampung yang datang membantu saya dan petugas APM lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Maliaman, segala barangan bantuan termasuk beras, sardin di samping pakaian untuk golongan dewasa serta kanak-kanak hanyut selepas lori berkenaan tenggelam.

“Saya sangat memohon maaf kerana gagal menghantar barang keperluan barangan untuk mangsa banjir tadi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya