Lelaki OKU pesakit mental dituduh cederakan bapa tiri - Utusan Malaysia

Lelaki OKU pesakit mental dituduh cederakan bapa tiri

MOHAMAD Farol Rafiq Md.Rodzi (tengah) yang dituduh mencederakan bapa tirinya dibawa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pesakit mental didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bapa tirinya, Selasa lalu.

Tertuduh, Mohamad Farol Rafiq Md. Rodzi, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan Mohamad Farol didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bapa tirinya, Nordin Ahmad, 71, di rumah mangsa di Jalan Masjid, Kampung Ruat, Yan pada pukul 7 pagi, 15 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Majitret Nadhirah Abdul Halim dan dikendalikan  Timbalan Pendakwaraya Nur Hamizah Mat Shah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farahdina Che Bakar.

Pada prosiding berkenaan, Farahdina memaklumkan tertuduh merupakan pemegang kad OKU penyakit mental sejak lapan tahun lalu.

Berikutan itu Nadhirah mengarahkan tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan mental, selain mengarahkan tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa serta dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis.

Majistret Nadirah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan penilaian kesihatan tertuduh.

Dalam kejadian pada Selasa lalu itu, tertuduh menumbuk dan menendang bapa tirinya hingga cedera di telinga, muka dan dada sehingga dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan.

Tertuduh yang kemudiannya melarikan diri berjaya diberkas oleh polis pada pukul 6.45 petang hari sama di Kampung Lubok Boi di sini kira-kira  lima kilometer dari lokasi kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya