Lelaki didakwa bunuh isteri berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa bunuh isteri berdepan hukuman gantung

IBRAHIM Abdullah (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan membunuh isterinya bulan lalu. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berhadapan hukuman mati  apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya, bulan lalu.

Ibrahim Abdullah, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Fatimah Manikam Abdullah, 44, di Lorong Tawas 5, Kampung Tawas, Ipoh antara pukul 10 malam pada 26 Januari 2022 hingga 3.05 petang pada 27 Januari 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan Jesseca menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya