Lebih 1 juta daftar PICKids, kanak-kanak Cina paling ramai   - Utusan Malaysia

Lebih 1 juta daftar PICKids, kanak-kanak Cina paling ramai  

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih sejuta kanak-kanak berusia  lima ke 11 tahun sudah berdaftar bagi mendapatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di seluruh negara. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Facebooknya yang berkata, dari segi etnik pula, kanak-kanak  kaum Cina paling tinggi mahu  mendapatkan vaksinasi  iaitu sebanyak 46.4 peratus. 

“Saya menyeru ibu bapa supaya segera mendaftarkan anak-anak mereka yang layak bagi melindungi mereka daripada virus ini. 

“Ketika ini, kadar kemasukan golongan kanak-kanak ke hospital akibat Covid-19 semakin meningkat,” katanya. 

Katanya, beliau mendapati sebahagian ibu bapa dilihat lebih senang untuk mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sebelum ini, Khairy berkata, terdapat peningkatan 160 peratus kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak sejak awal Februari lalu. 

Ia membabitkan 16,959 jangkitan antara tempoh 7 hingga 13 Februari lalu berbanding hanya 6,524 kes bagi tempoh antara 31 Januari hingga 6 Februari lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya