Laporan kewangan kepada Muhyiddin sama diberikan kepada ahli Kabinet

Laporan kewangan diserahkan kepada Muhyiddin sama diberikan kepada ahli Kabinet – Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Laporan kewangan yang diserahkan kepada Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sama seperti laporan yang diberikan kepada ahli Kabinet lain tanpa mengira mana-mana parti. 

Itu jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung penyerahan laporan kewangan negara kepada bekas Perdana Menteri itu. 

Tengku Zafrul berkata, ia adalah sebuah laporan yang diberikan kepada sekretariat MPN, seperti mana laporan-laporan lain yang diberikannya kepada rakan-rakan Kabinet tidak kira dari mana-mana parti. 

“Sebagai Pengerusi MPN, Muhyiddin memerlukan laporan tersebut untuk mengambil keputusan yang tepat dalam membantu Perdana Menteri membawa Malaysia ke arah pemulihan pasca Covid-19. 

“Malah, fakta-fakta ekonomi yang ada di dalam laporan tersebut adalah fakta yang telah saya sebut berulang kali kepada Kabinet dan sesiapa sahaja orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Katanya, beliau tidak pernah sorok, baik melalui kenyataan media, ulasan menerusi forum-forum, jawapan Parlimen dan laporan-laporan agensi seperti Bank Negara, Jabatan Statistik dan sebagainya. 

Tengku Zafrul berkata, pada tahun lalu, kerajaan memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal bertujuan mengelak isu dan skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). 

Menurutnya, pembaharuan dalam dasar fiskal penting untuk melindungi masa depan negara dan rakyat. 

“Negara kini berada di atas landasan yang betul di mana aktiviti ekonomi, baik dari perspektif makro, perniagaan atau individu sedang beransur pulih dengan pantas. Saya yakin ekonomi negara dapat pulih mengikut perancangan dan menjana ekonomi sekali gus terus membawa keyakinan kepada pelabur luar,” katanya.

Media semalam melaporkan, Muhyiddin dikatakan bakal mendedahkan situasi kewangan negara yang disifatkan semakin meruncing selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih.

Menurutnya, maklumat itu diperoleh dari laporan yang diterima daripada Tengku Zafrul. 

Susulan itu, Pemuda UMNO Parti Sulong membuat satu laporan polis malam tadi dengan mendakwa maklumat kewangan negara adalah berkaitan maklumat sulit yang perlu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya