Ladang musang king RM1.4 bilion di Gua Musang

Ladang musang king RM 1.4 bilion di Gua Musang

MOHD. Amar Nik Abdullah melakukan gimik peletakan batu asas pembangunan Projek Pusat Agro Pelancongan dan Ladang Durian Musang King di Pos Blau, Gua Musang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kerajaan Negeri Kelantan berjaya menarik pelaburan berasaskan perladangan dan agro pelancongan durian musang king bernilai RM1.4 bilion yang akan berpangkalan di di Pos Blau, di sini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pelaburan oleh Syarikat Sindiyan Sdn. Bhd, (Sindiyan) di atas tanah seluas 3,000 hektar itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Projek itu juga katanya, bakal mempopularkan Gua Musang sebagai lokasi pengeluaran buah durian popular tersebut yang terbesar di negara ini.

“Selain ladang dan kilang pengeluaran durian musang king, kawasan ini juga akan dilengkapi dengan perumahan, galeri rumah Orang Asli dan taman bunga, sekali gus menjadi lokasi tarikan pelancongan.

“Kerajaan negeri memberi sokongan kepada usaha ini kerana kita tahu durian musang king berasal dari Kelantan. Projek ini boleh mengembalikan jenama ini ke Kelantan,” katanya  kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Tapak Pembangunan Pusat Agro Pelancongan dan Ladang Durian Musang King di Pos Blau di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim dan  Pengerusi Sindiyan Agropark, Datuk Roshaimi Razak serta Ketua Pegawai Eksekutif Hernan Corporation Sdn. Bhd, Anna Teo.

Tambah Mohd. Amar, projek ladang dan agro pelancongan terbabit juga dijangka mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 200 penduduk Orang Asli di sekitar Pos Blau serta lokasi berhampiran. UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya