Kontak rapat lengkap dos penggalak tidak perlu kuarantin bermula 1 Mac

Kontak rapat lengkap dos penggalak tidak perlu kuarantin bermula 1 Mac

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Individu dewasa yang menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin, berkuat kuasa Selasa ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau turut mengumumkan sekiranya individu itu telah terima vaksinasi lengkap tetapi tidak menerima lagi dos penggalak perlu menjalani kuarantin lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

“Bagaimanapun, bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.

“Bagi individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlu kuarantin selama tujuh hari,” katanya.

Khairy berkata, individu lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 60 hari, tidak perlu menjalani kuarantin. 

Sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima dos penggalak tetapi bergejala, mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kepada kes positif.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya