Kes  Raja Bomoh ditangguh

Kes  Raja Bomoh ditangguh

IBRAHIM Mat Zin hadir di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Perak, hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini menangguhkan prosiding  kes Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh yang disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam selepas  tular rakaman video beliau melakukan ritual menolak musibah bencana banjir.

Hakim Syarie Azman Saad membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan. 

Menurut Azman, beliau sebenarnya berhasrat  tidak memanjangkan tempoh siasatan kes.

“Saya membenarkan penangguhan dua bulan dan ini adalah tangguhan terakhir.  Dilepaskan tidak bermaksud tidak didakwa tetapi kerana siasatan tidak lengkap.  

“Cuma prosiding mahkamah, ini tangguhan terakhir tidak boleh lama-lama,” katanya.

Azman kemudian menetapkan kes Ibrahim, 71, bersama seorang wanita, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ disebut semula pada 25 April ini.

Beliau turut membenarkan permohonan Suliaha untuk menukar penjamin baharu ekoran penjamin sebelum ini dijangkiti Covid-19 selain sukar untuk hadir ke mahkamah.

Pada prosiding kes sebelum ini, Hakim Syarie Mohammad Najib Ab. Razak membenarkan Ibrahim dan Suliaha  masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya