Kes positif mula menurun, kini 27,299 kes

Kes positif mula menurun, kini 27,299 kes

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 348 kes berbanding kelmarin, 332 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 203 kes berbanding kelmarin, 196 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 27,299 kes positif menunjukkan penurunan berbanding kelmarin, 30,644 kes sekali gus mengatasi 22,710 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada tujuh kluster berbanding kelmarin, lima kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,774 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini menurun kepada 494 kluster berbanding jumlah kelmarin, 498 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,280 kluster berbanding kelmarin, 6,269 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 129 kes bersamaan 0.47 peratus daripada 30,644 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 27,170 kes bersamaan 99.53 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 129 kes kategori tiga, empat dan lima, 32 kes bersamaan 24.81 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap
divaksinasi; 71 kes bersamaan 55.04 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 26 kes bersamaan 20.16 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 65 kes bersamaan 50.39 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 35 kes bersamaan 27.13 peratus mempunyai komorbid dan satu kes bersamaan 0.78 peratus ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 43 kes berbanding semalam, 57 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,634 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 13 daripada 43 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,673 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya