Kes positif Covid-19 terus menurun, kes ICU pula meningkat

Kes positif Covid-19 terus menurun, kes ICU pula meningkat

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 353 kes berbanding kelmarin, 348 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan iaitu 193 kes berbanding kelmarin, 203 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 24,466 kes positif menunjukkan penurunan berbanding kelmarin, 27,299 kes sekali gus mengatasi 22,380 kes sembuh.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan  lima kluster berbanding kelmarin, tujuh kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,779 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini menurun kepada 484 kluster berbanding jumlah kelmarin, 494 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,295 kluster berbanding kelmarin, 6,280 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 105 kes bersamaan 0.43 peratus daripada 24,466 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima. Baki kes harian, 24,361 kes bersamaan 99.57 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Bagi 105 kes kategori tiga, empat dan lima, 25 kes bersamaan 23.81 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 56 kes bersamaan 53.33 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 24 kes bersamaan 22.86 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 53 kes bersamaan 50.48 peratus berumur 60 tahun dan ke atas dan 36 kes bersamaan 34.29 peratus mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 40 kes berbanding semalam, 43 kes. Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,674 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 17 daripada 40 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,690 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya