Kes meningkat 32,070, lebih 200 kes perlukan bantuan pernafasan

Kes positif Covid-19 meningkat 32,070, lebih 200 kes perlukan bantuan pernafasan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan 327 kes berbanding kelmarin 305 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 201 kes berbanding kelmarin, 191 kes.

Katanya, Malaysia mencatatkan sebanyak 32,070 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin, 31,199 kes sekali gus mengatasi 23,332 kes sembuh. 

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan peningkatan kepada 16 kluster berbanding kelmarin, 14 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,762 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini meningkat sebanyak 510 kluster berbanding jumlah kelmarin, 506 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,252 kluster berbanding kelmarin, 6,240 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 180 kes bersamaan 0.56 peratus daripada 32,070 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 31,890 kes bersamaan 99.44 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 180 kes kategori tiga, empat dan lima, 49 kes bersamaan 27.22 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 93 kes bersamaan 51.67 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 38 kes bersamaan 21.11 peratus telah menerima dos penggalak. 

Selain itu, 83 kes bersamaan 46.11 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 89 kes bersamaan 49.44 peratus mempunyai komorbid dan satu kes bersamaan 0.56 peratus ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 46 kes berbanding semalam, 55 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,534 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 17 daripada 46 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,646 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya