Kenal pasti golongan layak, cabaran laksana subsidi haji bersasar

Kenal pasti golongan layak, cabaran laksana subsidi haji bersasar

AHMAD Marzuk Shaary (dua kiri) ketika gimik melancarkan Buku Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay Terbitan Jakim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mengenal pasti golongan yang benar-benar layak menerima subsidi haji bersasar adalah cabaran utama kepada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) jika pendekatan pemberian tersebut ingin dilaksanakan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bagaimanapun,pada ketika ini pendekatan seumpama itu telah dilaksanakan iaitu membuat tawaran kepada kumpulan jemaah haji yang berkemampuan membayar penuh tanpa bantuan.

“Kalau tanya semua (jemaah) rasa dia layak (dapat bantuan), kalau nak bagi percuma semua nak percuma, dia nakkan tawaran subsidi itu tapi yang paling penting ialah bila kita dapat pergi haji, kita nakkan haji yang mabrur.

“Jadi seboleh-bolehnya yang mampu bayar penuh mereka boleh memilih walaupun kerajaan tidak paksa mereka boleh memilih untuk bayar penuh kita benarkan jika mereka nak menolak subsidi itu,” katanya

Beliau menyatakan dmikian ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay terbitan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia berhubung cadangan agar Tabung Haji melaksanakan subsidi bersasar khususnya kepada golongan miskin yang mampu menjimatkan sekurang-kurangnya RM350 juta setahun.

Ahmad Marzuk berkata, pengurangan kos subsidi adalah tanggungan sepenuhnya daripada Tabung Haji dan bukannya peruntukan daripada kerajaan.  

“Ia tidak melibatkan peruntukan kerajaan dan ia hasil daripada Tabung Haji menjana pendapatan yang lebih dan akhirnya dapat menampung untuk mereka yang kerjakan haji.

“Kita memang dari dulu lagi telah pun menawarkan kepada mana-mana jemaah haji yang berkeupayaan untuk bayar penuh  kita bagi bayar penuh tanpa harga subsidi atas dasar kesedaran untuk mendapatkan haji yang mabrur dan sebagainya,” katanya. UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya