Kementerian Pendidikan buka bilik gerakan banjir, pusat peperiksaan SPM

Kementerian Pendidikan buka bilik gerakan banjir, pusat peperiksaan SPM

SEBUAH sekolah di Rantau Panjang, Kelantan ya g ditenggelami banjir. - FB RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan membuka bilik gerakan banjir bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terjejas di Terengganu dan Kelantan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

“Saya mengambil maklum tentang situasi bah di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri itu.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persedian untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya.

Sejak dua hari lalu, banjir melanda beberapa lokasi di Terengganu dan Kelantan menyebabkan beberapa sekolah dinaiki air.

SPM 2021 dijadualkan bermula pada 2 Mac ini membabitkan seramai 401,927 calon peperiksaan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya