Kemalangan: Pasangan tidak sempat timang cahaya mata ketiga

Kemalangan: Pasangan tidak sempat timang cahaya mata ketiga

KEADAAN kenderaan yang mengorbankan empat sekeluarga dalam kemalangan di di Lebuhraya Sultan Iskandar, Petaling Jaya, hari ini. - FOTO/IHSAN BOMBA KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini dipercayai bakal menerima anak ketiga tidak lama lagi.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, rakannya P Milan Damani, 32, baru sahaja memulakan perniagaan sejak tiga tahun lalu.

Malah, kata beliau, ada bercerita bakal menerima anak ketiga dan tidak disangka menyangka kemalangan itu meragut keseluruhan ahli keluarganya.

“Dia memang sangat sayang keluarganya, kami kehilangan rakan yang baik, kejadian itu sungguh mengejutkan kami.

“Ibu dan kakaknya masih di India dan sudah dimaklumkan berhubung kejadian yang menimpa anaknya,” katanya ketika ditemui di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM), di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu menyebabkan empat sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Mangsa P Milan Damani, C Thinisha, 31, dan dua kanak-kanak lelaki D Ishaan Ivaan, 3, serta D Rihaan Ivaan, 4, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 27 tahun dari arah Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak terbabas di selekoh dan melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.

Ujarnya, kenderaan itu kemudian masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex yang dinaiki keluarga berkenaan.

“Semua mangsa dibawa ke HCTM manakala pemandu Toyota Hilux dibawa ke Hospital Kuala lumpur untuk rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Beliau berkata, pemandu Toyota Hilux akan ditahan selepas dibenarkan keluar dari hospital, ujian urin akan turut dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya