Kebun sawit jadi tempat penagih dadah lepas gian - Utusan Malaysia

Kebun sawit jadi tempat penagih dadah lepas gian

PENAGIH dadah yang ditahan dalam Ops Sarang Khas di kebun kelapa sawit di sekitar Beruas semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Polis menahan 15 penagih dan merampas dadah bernilai RM13,168 dalam serbuan di kawasan kebun kelapa sawit di sini yang menjadi ‘port’ atau kawasan tumpuan penagih melepaskan gian, semalam.

Dalam Op Sarang Khas dan Op Cegah Jenayah bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 317.60 gram, 20.22 gram dadah jenis syabu dan dua biji (0.56 gram) dadah jenis eramin 5 serta peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, saringan awal air kencing mendapati semua lelaki tersebut yang berusia antara 21 hingga 61 tahun positif dadah jenis morphin.

“Daripada keseluruhan yang ditangkap, seramai dua orang berusia 38 tahun disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 iaitu pengedar dadah di lokasi tersebut manakala seorang lagi adalah pembekal dadah kepada pengedar berkenaan.

“Seorang lelaki pula disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan seramai 12 orang disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Nor Omar, kawasan kebun sawit itu telah menjadi ‘port’ penagih dadah khususnya di sekitar Beruas sejak kira-kira tiga minggu lalu.

Jelasnya, modus operandi di ‘port’ itu ialah seorang penagih akan membuat tinjauan dahulu ke kawasan tersebut dan sekiranya tiada masalah atau tiada gangguan khususnya daripada pihak berkuasa, penagih akan menghubungi pengedar untuk masuk ke dalam lokasi itu.

Dalam operasi itu, menurutnya, polis turut mengambil tindakan mengeluarkan kompaun iaitu aktiviti kehadiran ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial semasa menghisap dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya