PETALING JAYA: Jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi paras tiga juta apabila jangkitan baharu hari ini dilaporkan sebanyak 22,802 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan jumlah jangkitan Covid-19 yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,019,163 kes.
“Daripada kes harian yang dilaporkan pada 12 Februari, 104 kes atau 0.46 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 22,698 kes atau 99.54 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 serta 2.
“Kategori 1 dengan 5,029 kes (22.05 peratus), kategori 2 dengan 17,669 kes (77.49 peratus), kategori 3 dengan 82 kes (0.36 peratus), kategori 4 dengan 14 kes (0.06 peratus) dan kategori 5 dengan lapan kes (0.04 peratus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE