Jumlah kanak-kanak terima vaksin meningkat di Pulau Pinang 

Jumlah kanak-kanak terima vaksin meningkat di Pulau Pinang 

NORLELA ARIFFIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 25,663 kanak-kanak di negeri ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) sehingga semalam berbanding hanya 530 orang pada 11 Februari lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, Pulau Pinang juga menerima pendaftaran PICKids melebihi 64,300 setakat Jumaat lalu. 

“Seramai 25,663 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Pulau Pinang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi PICKids sehingga semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Suntikan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang berusia lima sehingga 11 tahun bermula bulan ini, sejurus selepas ketibaan vaksin Pfizer (kanak-kanak) 31 Januari lalu. Bagi peringkat Pulau Pinang, PICKids untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun bermula 7 Februari lalu. 

Dalam perkembangan lain, Norlela berkata, sebanyak 66.2 peratus populasi dewasa di Pulau Pinang telah menerima dos penggalak setakat Jumaat lalu. 

“Bagi dos penggalak dalam kalangan golongan berisiko tinggi pula, kategori komorbid adalah 69.5 peratus, orang kurang upaya (68.3 peratus), petugas perubatan (79.3 peratus), warga emas (80.6 peratus) dan Sinovac2 (78.7 peratus). 

“Daerah yang paling tinggi yang dicatatkan adalah Barat Daya dengan 75 peratus, Seberang Perai Tengah (74 peratus), Seberang Perai Selatan (72 peratus), Timur Laut (65 peratus) dan 45 peratus bagi Seberang Perai Utara,” katanya. 

Tambahnya, data golongan yang layak untuk mendapatkan dos penggalak sehingga Jumaat lalu adalah 1.41 juta orang. 

“Liputan dos penggalak bagi kaum Cina adalah 85.6 peratus, Bumiputera 81.2 peratus, India (56.3 peratus), Melayu (47.1 peratus),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya