Jualan tiket bas, pesawat VTL Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya

Jualan tiket bas, pesawat bagi VTL Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia-Singapura bagi laluan udara dan darat dibuka semula sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta iaitu 100 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, kedua-dua negara juga sedang mengadakan perbincangan lanjut bagi memperluaskan laluan VTL Udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi.

“Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan fasiliti ujian saringan Covid-19 dan kemudahan-kemudahan berkaitan di lapangan terbang yang berkaitan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berhubung VTL laluan darat, beliau berkata, penjualan tiket bas akan disambung semula berkuat kuasa serta-merta tetapi hanya untuk perjalanan bermula 22 Februari dan seterusnya.

“Diharapkan inisiatif ini dapat memanfaatkan rakyat serta merancakkan sektor pelancongan dan terus memacu pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua negara.

“Dalam masa sama, semua pihak diingatkan tidak alpa dan leka dalam mematuhi segala peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan diri serta insan tersayang di sekeliling,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Wee berkata, keputusan pembukaan semula sepenuhnya VTL bagi kedua-dua laluan tersebut juga berdasarkan penilaian risiko semasa dan persetujuan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Inisiatif VTL ini berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan seterusnya membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara. Sehingga 14 Februari, seramai 171,583 pengembara dari Singapura telah memanfaatkan insiatif ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya