Jualan nombor plat khas 'UC' RM3 juta, kini dibuka untuk jualan umum

Jualan nombor plat khas ‘UC’ cecah RM3 juta, kini dibuka untuk jualan umum

YUSERRIE Zainuddin (kanan) menunjukkan nombor plat khas UC yang dibuka untuk jualan awam bermula esok, 25 Februari sambil diperhatikan Abdul Aziz Abdul Rahman di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatatkan jualan siri nombor plat khas ‘UC’ mencecah RM3 juta sejak bidaan dibuka, 1 Februari lalu. 

Sehingga hari ini hampir 1,000 nombor telah dibida dan terjual termasuk nombor-nombor yang berjaya ditender oleh staf, pelajar, individu dan syarikat.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP,  Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga Pengerusi Yayasan UMP berkata, orang masyarakat yang berminat mendapatkan plat nombor kenderaan khas ‘UC’ ini boleh mendapatkannya bermula esok. 

Beliau berkata, penjualan nombor pendaftaran khas itu susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua universiti awam menjana pendapatan sendiri.

“Ia adalah sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan untuk disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Program Belia dan Pelajar Negeri Pahang di Hotel Zenith Kuantan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Profesor Datuk Dr. Yuserrie  Zainuddin Yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP. 

Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap agar warga UMP khasnya dan orang awam  dapat menyokong usaha tersebut. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penender awam, pembeli termasuklah staf, alumni dan mahasiswa UMP yang memberi sokongan. 

Bagi mereka yang masih berminat untuk membeli nombor plat UC, boleh terus ke laman sesawang www.ucplat.com.my yang dikendalikan oleh Sekretariat jualan Aquatwo Sdn. Bhd.

Plat khas UC ini hanya boleh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan juga Kuantan, Pahang bermula 1 Mac depan sehingga November 2024,” katanya. 

Plat UC telah diluluskan oleh JPJ kepada UMP. Kombinasi kedua huruf “UC” ini diambil bagi mewakili huruf “U”yang merupakan awalan perkataan UMP manakala “C”merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Pahang. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya