Jho Low tahu wang yang diterima hasil pecah amanah Najib

Jho Low tahu wang yang diterima hasil pecah amanah Najib

jho low
JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mengetahui wang yang diterimanya adalah hasil pecah amanah atau pelanggaran fidusiari yang dilakukan oleh beberapa individu dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

1MDB dan anak-anak syarikatnya dalam afidavit balasan mereka ketika menjawab pembelaan Jho Low turut menyatakan lelaki berkenaan juga merupakan pengarah bayangan; sama seperti Najib, kerana dia adalah proksi kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

“Defendan pertama (Jho Low) telah menerima dana kepunyaan plaintif-plaintif dan ia telah dialihkan kepada dia secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari.

“Defendan pertama telah menerima wang tersebut dengan mengetahui bahawa ia telah dilesapkan dan dipindahkan kepada dia secara pecah amanah  antara lainnya (oleh) Najib Razak,” kata dokumen terbabit.

Tambah dokumen yang difailkan pada 23 Februari lalu, selaku pengarah bayangan, Jho Low juga adalah pemegang amanah konstruktif 1MDB.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited selaku plaintif memfailkan saman bagi menuntut semula AS$3.78 bilion yang diselewengkan daripada kesemua syarikat terbabit.

Selain Jho Low, turut dinamakan sebagai defendan ialah  bapa dan ibunya Low Hock Peng dan Goh Gaik Ewe, kakak Jho Low, May Lin; adik lelakinya Taek Szen dan individu yang didakwa rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Selain itu, 1MDB dan anak-anak syarikatnya dalam dokumen terbabit menyatakan pembelaan Jho Low bahawa dia tidak pernah mengakui liabiliti dalam prosiding yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) adalah tidak relevan.

Selain itu, plaintif mempunyai bukti untuk menyokong tindakan saman terhadap Jho Low bagi menuntut wang itu dipulangkan kepada 1MDB  yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes saman itu nanti.

“Dalam apa jua keadaan, tuntutan-tuntutan Plaintif adalah termasuk penipuan dan pecah amanah secara penipuan oleh defendan pertama dan untuk mendapatkan semula daripada defendan pertama harta yang dipegang dan telah ditukarkan untuk kegunaan sendirinya,” kata plaintif.

Berdasarkan writ saman, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Eric Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Eric Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Eric Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin dan Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Gaik Ewe, Jho Low dan Eric Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Eric Tan, Hock Peng dan Taek Szen. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya