JBPM Selangor terima 14 panggilan laporan gegaran - Utusan Malaysia

JBPM Selangor terima 14 panggilan laporan gegaran

PASUKAN penyelamat membuat pemantauan dekat sebuah bangunan di Universiti Putra Malaysia, Serdang selepas dilaporkan kawasan berkenaan turut merasai gegaran yang berlaku pada pukul 9.40 pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan pihaknya menerima 14 panggilan mengenai kejadian gegaran yang dilaporkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sekitar Lembah Klang pada pagi ini.

Balai-balai yang menerima panggilan adalah di Banting, Puchong, Penchala, Kajang, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Rawang, Kota Anggerik, Sungai Pinang, Damansara, Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis dalam satu makluman menyatakan, maklumat mengenai gempa bumi diterima daripada Jabatan Meteorologi yang mengesan gempa bumi di Bukit Tinggi, Sumatera di Indonesia yang berkekuatan 6.1 skala richter.

Menurutnya, gegaran yang berlaku berhampiran balai bomba berkenaan dirasai pada pukul 9.40 pagi tadi.

“Kesan gegaran dirasai dari utara Semenanjung hingga ke Johor, namun kejadian berlaku di darat dan tidak menghasilkan tsunami.

“Laporan keseluruhan sehingga kini tidak melibatkan sebarang kecederaan dilaporkan. Pihak bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian,” katanya.

Terdahulu, gegaran dilaporkan berlaku pada pukul 9.39 pagi tadi di beberapa kawasan di Lembah Klang dipercayai berpunca daripada kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia.

Antara kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang didakwa mengalami gegaran seperti Kompleks Mahkamah Shah Alam, Petaling Jaya, Cyberjaya dan Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri serta beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada pagi tadi, gegaran berkekuatan 6.2 skala Richter melanda Pasaman Barat di Sumatera Barat, hari ini.

Lapor Kompas.com, gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 8.39 pagi waktu tempatan, 17 kilometer ke timur laut Pasaman Barat.

Gempa bumi itu direkodkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan setakat ini, ia tidak menyebabkan ancaman tsunami. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya